Tidak Tahan, Anak Dato Jamal Luahkan Dan Ini Kata2 Osama Yamani Buat Keluarga

Membesar sebagai anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah bukanlah perkara mudah untuk digalas oleh pendatang baru, Osama Yamani, 21.

Seperti mana setiap keluarga berkumpul setiap kali musim perayaan, begitu jugalah yang didambakan oleh Osama untuk Aidilfitri tahun ini.

Biarpun meluahkan hasrat secara spontan, namun kata-kata yang diungkapkan ternyata lahir daripada hati tulus jejaka berusia 21 tahun itu.

“Tiada apa yang saya harapkan selain daripada setiap ahli keluarga dapat berkumpul beramai-ramai”

“Apa yang dimaksudkan adalah ibu kandung dan bapa kandung serta ahli keluarga yang lain dapat berkumpul sempena raya. Ibu kandung saya di Beruas, Perak dan saya sering berulang alik untuk berjumpanya”

“Bukan apa, tidak pernah kami sekeluarga duduk berkumpul beramai-ramai. Pastinya meriah apabila dapat beraya bersama-sama. Apatah lagi, hubungan ibu kandung saya dan isteri ayah saya juga tiada masalh”

“Lazimnya, ayah saya sibuk dengan persembahan di ibu kota dan itu yang menyebabkan kami sukar untuk duduk beraya bersama-sama. Kebetulan ibu saya pula tinggal di kampung, jadi kekangan dari aspek itu,” kata Osama.

Osama yang kini mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian merupakan anak lelaki Jamal hasil perkahwinan bersama wanita bernama Intan Noraina Mohd Yusof.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Cari