Tidak Tahan Ditvduh Bawa KeIuar Anak2 Tanpa Izin, Puteri Sarah MeIenting, Syamsul Yusof Jangan Tunding Keb0dohan Awak

Sebentar tadi, pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof menitipkan pesanan kepada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana supaya kembali pulang ke rumah bersama anak-anak bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah berusia 39 tahun itu, dia dilihat seakan ‘menunding jari’ kepada Puteri Sarah yang sentiasa membawa anak-anak mereka keluar dari rumah tanpa keizinan seorang suami.

“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik”

“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinnan suami, sedangkan saya masih suami awak,” ujar Syamsul.

Kalaulah anak-anak boleh beri kenyataan di mahkamah….

Terbaharu, pelakon Puteri Sarah memuat naik hantaran dengan membidas tuduhan yang dilemparkan oleh Syamsul ke atasnya kerana membawa anak-anak mereka keluar tanpa izin seorang suami.

“Kalaulah Syaikhul dan Sumayyah boleh berikan kenyataan di mahkamah, pasti mereka akan cakap ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, bukan KITA. Di mana ayah? Selalu tiada di rumah,” tulis Puteri Sarah.

Syamsul jangan ‘bodoh’!

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin meminta agar suaminya tidak menunding kesalahan kepada mereka dengan menggunakan nama Allah.

“Syamsul Yusof jangan tunding ‘kebodohan’ awak kepada saya. Jangan guna nama Allah untuk membuatkan awak nampak seperti ‘angel’ di mata manusia,” ujarnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah memaklumkan dia akan memberi kenyataan secara lebih lanjut dalam masa terdekat kerana sedang sibuk menjalani penggambaran.

Dan, dakwaan Syamsul yang juga pengarah filem sudah bernikah akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan tentang perkara tersebut menerusi video dimuat naik di laman Instagram hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: lg syamsulyusoffilm/puterisarahliyana/achikdia.com