
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan apabila pelawak Ali Puteh mendakwa menjumpai taburan garam kasar, kulit limau dan bangkai mengkarung di luar rumah arwah abangnya.
Ali turut bertanyakan motif amalan khurafat itu dibuat serta mengatakan andai dia mati disebabkan benda tersebut, dia reda.
Terbaru, tular apabila seorang pengguna TikTok merakam Ali Puteh mengamuk ketika live kerana ada netizen mengejek memetik nama bapanya.
Berang dengan tindakan individu itu, Ali berkata perbuatan tersebut sangat biadap dan jika individu itu ada depannya sudah pasti akan disepak.
Dalam pada itu, Ali menafikan dakwaan dia ‘koyak’ dengan kecaman netizen, sebaliknya marah kerana provokasi yang melampau.
Semalam, balu Allahyarham Abam iaitu Siti Norhidayah menggesa Ali membayar RM60,000 kepadanya yang ditetapkan mahkamah tanpa kaedah ansuran.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: omm/achikdia.com