Uji Rashid D3dah Keadaan Cico Belum PuIih Akibat Kesan Jangka Panjang Pada 0tak, 0rgan DaIaman Dan Kotak Suara

Penyanyi terkenal era 7o-an, Uji Rashid mengejutkan ramai apabila tampil bersuara tentang keadaan mlsteri dihidapi oleh anaknya pada tahun 2020 lalu.

Ketika itu, dia bertegas bahawa Cico Harahap telah dikenakan oleh rakan-rakan di sebuah majlis hari jadi.

Akibatnya, ia memberi kesan jangka panjang kepada 0tak, organ dalaman serta kotak suara. Meskipun kejadian tersebut telah lama berlalu, namun tahap kesihatan pelakon lelaki itu masih terjejas sehingga sekarang.

Kalau orang tengok sekali imbas tak ada apa… tapi ada perkara yang kami hadapi, bukan senang
Terbaru dalam sebuah video temu ramah dimuat naik di Tlk Tok Diva Wafa, biduanita berkenaan berkongsi luahan perasaan tentang kehidupan terkini keluarga tercinta.

Dia mendedahkan bahawa sejak peristiwa pahlt itu berlaku, banyak pengajaran diambil selain ada beberapa perkara harus dilalui di usia senjanya.

Uji Rashid juga akui walaupun tubuh fizikal Cico Harahap dilihat normal dan semakin waras, namun kemahiran bertutur masih lagi lemah.

Saya dah Ialui kesenangan karier dan besarkan anak sebagai ibu tunggal…di hujung kehidupan, saya kena lalui macam jaga bayi.

Perjalanan hidup artis veteran itu bertambah sayu tatkala mengenang kesenangan perjalanan karier dan pengalaman sebagai ibu tunggal.

Wanita berusia 68 tahun tersebut berkata terpaksa tempuhi semula proses mengasuh putera kesayangan ibarat bayi lantaran perkembangan rawatan dijalankan terlalu perlahan.

Kasian Uji, dari muda hingga lanjut usia terus diberi pelbagai dugaan…semoga dipermudahkan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat kagum dengan kecekalan hati penyanyi berkenaan dalam menjalani cabaran kehidupan.

Bahkan, warganet juga menitipkan doa buat pasangan anak beranak tersebut agar diberikan kekuatan untuk masa depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Vnu/Achikdia