WaIaupun Rita Rudaini Sering 0rang Kvtuk Kvtuk Dia, M4ki Hamvn Dia, Dia SoIat Tak Pernah TinggaI Tau, Korang?

Pelakon yang suatu ketika heboh dikecam berkenaan vaksin, Rita Rudaini. Seorang Ibu tunggal yang berjaya mendidik anak anak sehinggakan anak sulungnya baru baru ini telah diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara.

Terbaru di dalam posting teman baiknya Lana Nodin ada memberitahu bahawa sahabat baiknya ini adalah seorang yang sangat menjaga solatnya. Walaupun sibuk dengan aktiviti shooting sebelum ini, Rita tetap mencari masa untuk menunaikan solat.

Pada minit ke 5.33 Lana memberitahu peribadi Rita Rudaini, walaupun sibuk tetapi dia menjaga adabnya dengan Allah.

“Ko tengok Rita Rudaini, orang kutuk kutuk dia, maki hamun dia, dia solat tak pernah tinggal tau, pasal tu rezeki dia tak pernah putus, walaupun dia tak shooting, brapa tahun dia tak shooting, rezeki dia tak pernah putus sebab Allah dah tetapkan rezeki dia”

“Sebab apa? Satu.. dia tak pernah tinggal solat”

“Saya shooting dengan día dulu sampai sekarang, solat memang dia tak pernah tinggal.. itu memang saya salute pasal Rita ni”

“Pasal tu saya boleh berkawan dengan dia. Orang kata dia ke. Orang nak kutuk dia ke, saya tak kisah. Tapi saya tau dia dengan Tuhan tu dia bagus”

Sebelumnya Rita Rudaini ada memberi kata nasihat buat pengikutnya di laman media sosial Instagram. Berkongsi perihal amal ibadat solat yang diwajibkan kepada semua umat Islam.

Malahan, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menyarankan kepada semua agar tidak meninggalkan solat meski sering melakukan dosa.

Selain itu juga, Rita berpendapat ibadat solat merupakan satu kunci untuk kebahagiaan serta ketenangan hidup.

“SALAM JUMAAT Solat adalah kunci kebahgiaan, ketenangan, dan bukti kesyukuran. Apapun terjadi, banyak mana pun dosa kita, jangan tinggalkan solat,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat bersetuju dengan perkongsian Rita tersebut.

Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

Sebelum ini Rita pernah memuat naik posting berkenaan surah alkahfi di laman instagramnya

Al kahfi surah ni ada 110 ayat…ya panjang…bila ada masa lebih baca lah 1 surah…tp ALLAH mmg bg kita mudah…DIA ckp baca ayat 1-10 dan 10 terakhir pon DIA dah bg hadiah…tu pon kita kata xboleh buat ke? Xsampai 5mnt kan..klau DIA bg masa kt kita utk hidup,xkan kita xle luangkan masa 5mnt baca ayat 1-10 dan 10 terakhir Al kahfi? …punya DIA syg kt kita,DIA permudahkan lg…tu pon kita liat nak baca apatah lg nak buka AL-QURAN…

Amalkan setiap jumaat dan lps solat fardhu sblm kita bgn jlnkan tugas kita kt dunia…xpa,blum cukup baik,blum cukup alim,blum cukup mulia,blum cukup itu ini,kerana itu manusia yg judge …yg adil judge kita adalah DIA…nk berubah,nk bc Quran,malu takut kena perleceh dgn kwn2? Xpaaa..bukan depa yg tolong kita kt sana nnti…biaq lah kita mcm mana keji,jahat,byk dosa ka..yg penting bila kita dah mula solat,dah mula pegang n bc quran,bermakna DIA sedang tarik tgn kita ke arah DIA…

xrasa terharu ka? Xrasa bangga ka DIA masih syg kt kita walaupon kita ni sekeji2 sehina2 makhluk yg byk dosa dgn DIA? Syukur..di beri peluang utk berubah…Syukur,di tegur cara lembut oleh DIA..buatlah,walau pon kdg2 xcukup lama2 akan lengkap..insyaallah ‘itulah’ yg merawat hati kita yg rosak utk pelan2 berjln ke arah DIA…

“Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf” (Riwayat al-Tirmizi)

Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”

Nabi SAW berkata: “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal”

Sumber: IG LANA NODIN, IG RITA RUDAINI, MEDIA HIBURAn