Wardina Saffiyah Tampil Beri Satu Kenyataan Tentang Penahanan Yasin Sulaiman

Kecewa dengan penahanan Yasin Sulaiman kerana mengusahakan tanaman ganja, pelakon Wardina Safiyyah berkata, penyanyi itu tidak sepatutnya diperlakukan sedemkian.

Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot berkata penyanyi lagu Mimpi Laila itu seharusnya menerima rawatan dan pemulihan disebabkan berdepan masalah kesihatan mental.

“Pero gol dan pembu nuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai mati. Yasin tidak layak dipen jara seumur hidup mahupun huk uman gan tung sampai ma ti hanya untuk pasu tumbuhan.

“Dia layak untuk dirawat kerana masalah kesihatan mentalnya dan memerlukan sokongan dan mungkin pemulihan.

Dia seorang kawan, artis yang sangat berbakat, bijak, berani, seorang yang baik walaupun terdapat kekurangan.

“Saya doakan dia menjadi lebih kuat, lebih baik dan mengharungi dugaan ini dalam satu bahagian,” kata Wardina.

Pelakon dan pengacara berusia 42 tahun itu berkongsi pandangannya mengenai kes penyanyi nasyid itu di laman Instagram miliknya.

Yassin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertuduhan mengedar da dah jenis gan ja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

Menerusi laporan mStar, bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh kerana kes itu terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya Kana bis (gan ja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Da dah Berbahaya 1952 yang boleh dihu kum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseks aan yang memperuntukkan pen jara seumur hidup dan seba tan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

17 pasu pokok gan ja yang ditemui di kediaman Yasin.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap penyanyi tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Lagi Lagi Senario ini turut meletakkan tanda pagar memohon keadilan untuk Yasin dan berharap penyanyi lagu Salsabila itu dibebaskan.

“#justice4yasin #justiceforyasin Innalillahiwainnailaihirajiun. #justiceforyasinsulaiman @yasinsulaiman.

“Bebaskan dia dari penjara dan tolong rawat serta bantu dia. #istandwithyasinsulaiman #bipolarawareness. Harap kekal kuat di sana kawan! Kami menyokong anda!” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MSTAR ONLINe