Yusof Haslam Mohon Puteri Sarah Timbang Semula Keputusan Cer4i, Jika Percer4ian Itu Tidak BerIaku

Penerbit popular, Datuk Yusof Haslam memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana agar menimbang semula keputusan mahu menuntut cer4i daripada anaknya, Syamsul.

Akur pendirian dibuat Puteri Sarah seperti yang diumumkan semalam, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar percer4ian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.

“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu”

“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cer4i hinggalah proses percer4ian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga percer4ian itu tidak terjadi”

“Jika percer4ian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” katanya seperti dilapor BH Online.

Semalam, Puteri Sarah, 38, mengesahkan memfailkan percer4ian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.

Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan percer4ian segera.

Selain itu, katanya, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan keluarga.

Keputusan Puteri Sarah itu juga disahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.

Yusof berkata, sebagai orang tua, dia sentiasa mendoakan supaya ada sinar di hujung terowong di sebalik apa yang berlaku.

Bagaimanapun, jika percer4ian adalah jalan terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada Puteri Sarah, Yusof mengaku, tiada ikhtiar lain yang boleh dilakukan selain terpaksa akur dengan kehendak menantunya itu.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu.

Namun, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul berhubung pernikahan keduanya dengan Ira Kazar di Thailand serta penjelasan di sebalik kontroversi terjadi, topik terbabit hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5 dan Sumayyah, 3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: gempak/achikdia.com