Abang Penyanyi Tajul D3rita Sakit, Badan Kurus Kering, Wajah Lesu Dan Pucat

PENYANYI Khalis yang juga adik kepada vokalis Spin, Allahyarham Achik kini menderita sakit dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut adik kepada Khalis iaitu penyanyi Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari, abangnya dikejarkan ke hospital pada Rabu malam.

“Wallahualam, saya tak berani nak kata apa berhubung sakit abang saya.

“Dia sakit sejak empat atau lima hari yang lalu. Kemudian semalam (Rabu) dia dibawa ke hospital,” katanya kepada mStar.

Wajah Khalis sebelum diserang penyakit.

Keadaan kesihatan Khalis menimbulkan tanda tanda selepas satu akaun Facebook berkongsi foto bekas vokalis kumpulan The Real Spin itu.

Menerusi foto berkenaan kelihatan dia didukung oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam kereta dipercayai sebelum dibawa ke hospital.

Wajah Khalis kelihatan pucat selain keadaan fizikal yang cengkung.

“Mewakili abang, saya minta semua doakan yang terbaik untuk dia.”

TAJUL

PENYANYI

Bercerita lanjut tentang keadaan terkini Khalis, Tajul, 23, berkata abangnya dalam keadaan baik dan stabil.

“Sekarang keadaan abang saya masih okay, doktor tengah monitor je,” ujarnya.

Selain itu Tajul meminta agar orang ramai mendoakan agar abangnya dapat pulih seperti sedia kala.

Tajul memohon orang ramai mendoakan kesihatan abangnya kembali pulih.

“Mewakili abang, saya minta semua doakan yang terbaik untuk dia.

Khalis mempunyai seorang isteri dan memikul tanggungjawab membesarkan tujuh anak berusia dari 9 hingga 20 tahun.

Tiga daripada mereka ialah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara yang dibelanya sejak kecil.

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You! Xièxiè! Naṉṟi!!!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: