Menteri Agama juga disiasat hadir majlis nikah Neelofa tak patuh SOP, tiada pilih kasih – Polis

MENTERI (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tidak terkecuali daripada dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Zulkifli merupakan antara individu terawal tampil membantu polis berhubung isu berkenaan.

“Kita sudah ambil keterangan YB (Yang Berhormat) berkenaan, dia juga hadir sebagai tetamu jemputan.

“Keterangan beliu lebih awal diambil berbanding yang lain kerana kita juga nak pastikan apa yang ditularkan itu betul atau tidak.

“Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu kita meneliti lebih dalam mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada hari berkenaan,” katanya dalam pertemuan eksklusif bersama mStar pada Selasa.

Difahamkan Zulkifli dijemput ke majlis berkenaan bagi memberikan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.

Pada Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, tampil memberi keterangan berhubung siasatan kes pelanggaran SOP majlis pernikahannya 27 Mac lalu.

Bagaimanapun menurut polis, pihaknya perlu mendapatkan keterangan beberapa lagi ahli keluarga mereka sebelum tindakan lanjut dapat diambil.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Mengulas kebimbangan ramai berhubung wujud isu pilih kasih atau ‘double standard’ terhadap siasatan kes ini kerana ia melibatkan golongan selebriti dan VIP, Mohamad Zainal bagaimanapun menafikannya.

Jelas Mohamad Zainal, tiada sebab untuk pihaknya melindungi pihak terbabit jika mereka didapati bersalah.

“Tiada apa-apa kepentingan untuk kita lindung, tindakan akan diambil. Malah kalau kita keluarkan kompaun pun, mereka mampu nak bayar.

“Jadi tiada sebab untuk kita tak mahu ambil tindakan,” katanya.

Ujar Mohamad Zainal lagi, siasatan bagi kes yang ditularkan sememangnya memerlukan sedikit masa untuk siasatan berbanding jika pihak berkuasa berada di lokasi pada hari kejadian.

“Kalau masa itu (majlis berlangsung) aduan dibuat, saya percaya pada masa itu juga kompaun akan dikeluarkan.

“SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat… tak kira majlis VIP atau orang biasa,” katanya.

Video

‘Tndakan Bakal Diambil’ – Kenyataan Terbaru KPN Mungkin Akan Buat Neelofa Dan Suami Tak Lena Tidur

Terkini, poIis akan membuka kertas si.asatan berhubung tndakan selebriti popular NeeIofa memuat naik gambar dan video bersama suami, Haris Ismail bersiar-siar di pulau peranginan ini.

Menurut Ketua PoIis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pihaknya akan segera menyiasat gambar dan video yang dimuat naik di media sosial.

” Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (NeeIofa) bersama suaminya itu meInggar SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan dan kita akan ambil tndakan.

” Jadi dalam kes sebegini, wajarnya SOP poIis adalah buka kertas si.asatan yang mana dia (NeeIofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Unit Anjing Pengesan K9 di Pit Latihan Seksyen K9 di sini hari ini.

Beliau berkata, pegawai penyiasat juga akan bertanyakan tentang aktiviti berkenaan sama ada ia merupakan sebahagian urusan perniagaan selebriti terbabit.

” Itu macam santai-santai sahaja, selain tidak boleh datang dari negeri PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan),” ujarnya.

Perkongsian video InstaStory NeeIofa memaparkan dia dan Haris menikmati keindahan Pulau Langkawi dengan menaiki kereta kabel dan ‘jetski’

NeeIofa tayang momen bahagia naik ‘jetski’, kereta kabel

Terdahulu setiap aktiviti yang dilakukan selebriti popular NeeIofa bersama suaminya Haris Ismail yang kini berada di Pulau Langkawi, Kedah atas urusan kerja sentiasa menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, NeeIofa menerusi InstaStorynya berkongsi momen-momen bahagia bersiar-siar di pulau peranginan tersebut bersama suami tercinta.

Sejak semalam, NeeIofa memuat naik beberapa video memaparkan dia dan Haris bersiar-siar sambil menaiki kereta kabel.

Dalam perkongsian tersebut, mereka kelihatan cukup mesra dan bahagia kerana tidak lekang daripada berpegangan tangan sepanjang menghabiskan masa di atas puncak lokasi kereta kabel berkenaan.

Hari ini pula, pasangan sejoli itu dilihat seronok menaiki ‘jetski’ dengan mengelilingi dan menikmati keindahan pulau di sana.

Sebelum mereka keluar melakukan aktiviti tersebut, bekas pengacara MeleTOP itu sempat mempromosikan minuman botani keluaran jenama produknya, Nilofa.

Terdahulu kira-kira 10 hari lalu, pasangan pengantin baharu pelakon Risteena Munim dan suaminya, Isa Khan mencetuskan pertikaian awam berhubung kononnya menyalahgunakan kebenaran merentas negeri ke Tawau, Sabah.

Susulan itu mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Risteena dan suami bagaimanapun didapati tidak bersIah dalam isu menyalahguna kebenaran merentas negeri yang dimohon atas urusan kerja di negeri Sabah.

Sumber Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You! Xièxiè! Naṉṟi!!!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: