Akhirnya Azri Iskandar Akvi Masih KeIiru Tentang Dirinya Dengan Ellie Suriaty Dan Tidak ToIak Kemungkinan

Selepas 19 tahun hidup bersama pelakon Ellie Suriaty, aktor Azri Iskandar mengakui bukan sesuatu mudah untuk dia menyesuaikan diri apabila kembali bersendirian selepas bergelar duda pada Selasa lalu.

Mengakui ia satu keputusan yang berat, pelakon berusia 54 tahun ini bagaimanapun tidak menolak jika satu hari nanti mereka ditakdirkan rujuk semula dengan Ellie sebagai suami isteri.

“Saya reda dengan takdir yang sudah tertulis. Sekarang ini saya masih dalam keadaan keliru betul ke dah bercerai… nak menyesuaikan diri”

Ellie dan Azri sah bercerai

Azri masih anggap Ellie sebagai kawan baiknya

“Nak kena terima hakikat dah kembali single. Jadi, saya pun tak tahu perasaan sekarang macam mana. Harap peminat doakan kebahagian saya dan Ellie”

“Kalau satu hari nanti kami berbaik dan nak rujuk semula, tak ada siapa akan halang kecuali kalau kami dah berkahwin lain,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini mengesahkan sudah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa dengan talak satu.

Menurut Ellie, 52, keputusan untuk dibuat kerana sudah tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan itu.

“Bagi saya, Ellie adalah individu yang banyak berjasa dalam hidup saya”

Dalam pada itu, Azri memberitahu hubungan dia dengan Elly masih baik malah menganggap bekas isterinya seperti kawan baik.

Azri berkata, dia tetap berterima kasih kepada Ellie yang menjagannya ketika dia berdepan dengan masalah kemurungan yang teruk selepas dipecat dari filem Leftenan Adnan pada 2000.

“Hubungan kami masih baik… saya pun masih anggap Elly sebagai kawan baik dan ibu kepada anak-anak kami. Bagi saya, Ellie adalah individu yang banyak berjasa dalam hidup saya”

“Masa saya alami kemurungan teruk sampai macam nak gila disebabkan kena pecat dari filem Leftenan Adnan 22 tahun lalu, dia la yang menjaga saya,” ujarnya.

Anak bongsu tinggal bersama Ellie manakala anak lelaki dengan Azri.

Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mendirikan rumah tangga pada tahun 2003.

Pasangan selebriti itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang meninggal dunia sebelum dilahirkan.

Sebelum Ellie, Azri pernah berkahwin dengan Roziana Salim pada 1992 namun bercerai pada 1999 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara itu, pelakon drama Single Terlalu Lama ini memberitahu bekas isterinya berpindah di kawasan perumahan berdekatan bagi memudahkan anak-anak untuk berulang-alik ke rumah mereka.

“Dia pun pindah di kawasan berdekatan juga. Anak bongsu tinggal bersama dia manakala anak lelaki dengan saya. Kalau mereka rindu boleh saja ulang alik,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar