Suhaimi Saad Luah Rasa Bangga Bila Pendiriannya Selami Ini Tak Mahu Hantar Ke Sekolah Seola-olah Disokong Dgn Memansuhkan UPSR

Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad berbangga apabila pendiriannya yang selama ini tidak mahu menghantar anak ke sekolah seolah-olah disokong dengan keputusan kerajaan apabila memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dakwa Suhaimi ia membuktikan sijil pelajaran tidak menjamin kehidupan di dunia dan umat Islam perlulah bergantung pada rezeki Tuhan.

“Lagi kebenaran dizahirkan. Sebelum ni ampa maki aku sebab kononnya aku nafikan hak anak anak.Nanti anak anak takdak UPSR, takdak PT3, takdak sijil, payah nak kerja, payah nak cari makan. Sekarang makan la sijil UPSR dan PT3 ampa tu.
“Bukalah minda. Hidup mati kita kena bergantung harap pada Tuhan, bukan makhluk.

“Jangan rasa hidup boleh berjaya dengan satu cara saja. Cara yang paling betul adalah cara yang Allah dan nabi tunjukkan,” katanya.

Terdahulu, suami kepada Ina Naim itu terbuka memberitahu pendiriannya yang tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah sebaliknya mengguna pendekatan homeschool yang diajar oleh dia dan isteri.Pendiriannya itu bagaimana pun telah mendapat kecaman ramai netizen yang berasa Suhaimi sengaja menafikan hak anak-anaknya.

Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: