Nadir kata bantuan Ebit Lew tak sampai, sekali kerajaan disana muatnaik foto buat mereka tergamam

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman merupakan individu yang sangat dikenali ramai terutama mereka yang hendak masuk ke Gaza. Bermula dengan pembabitan dalam misi kemanusiaan membantu rakyat P4lestin di Gaza pada tahun 2013.

Ujar Nadir, dia tampil memberikan penjelasan menerusi platfom Telegram susulan menerima pelbagai persoalan, cacian dan fitnah daripada orang ramai yang sama sekali tidak mengenalinya.

Pada masa yang sama, dia menjelaskan walaupun tidak mengenali UEL secara dekat namum, dia amat mengagumi dengan usaha keras UEL dalam membantu mana-mana individu yang terkesan termasuk mereka yang berada di bumi Gaza.

Nadir menerusi tulisannya juga turut memaklumkan cara terbaik untuk memberikan bantuan kepada penduduk di Gaza adalah dengan membuat pembelian barangan keperluan di dalam pasaran tempatan di Gaza, yang secara tidak langsung akan memberikan banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan terus kepada mereka yang memerlukan.

Amat terkejut bila mana saya melihat di media sosial pembelian barangan bantuan 4 lori yang dibeli di Mesir untuk di bawa masuk ke Gaza. Sekiranya teguran kecil tidak dapat diterima bagaimana umat kita ingin bersatu untuk menjayakan misi lagi besar masa akan datang?

Persoalan lain pula timbul di mata masyarakat bagaimana barang-barang yang sudah di beli di Cairo tersebut? Adakah bantuan ini sudah berjaya masuk?

Setahu saya ia masih lagi tersadai di Mesir beserta bantuan-bantuan lain yang tidak dibenarkan masuk lagi pun. Bukankah ia satu pembaziran?

Saya menyeru pihak tim EL untuk berani tampil memberi pencerahan dan penjelasan supaya tidak timbulnya bibit-bibit fitnah lain.

Dengan mem’block’ atau membuang komen-komen pertanyaan tersebut di media sosial kalian tidak dapat menyelesaikan masalah pokok ini kerana tujuan asal misi adalah untuk membawa masuk bantuan tersebut.

Kerajaan Mesir Keluar Kenyataan Tentang Bantuan

Seorang pengguna Facebook bernama Mohd Faizal Sabhon telah memuat naik satu kenyataan berkenaan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Di dalam gambar di bawah jelas kelihatan gambar yang dimuat naik oleh kerajaan mesir mempunyai logo yang sama dengan bantuan yang diberikan oleh Ebit Lew.

Semalam ada bantuan dari Malaysia masuk ke GAZA melalui BULAN SABIT MERAH MESIR dan dimuatkan dalam page

JABATAN PERDANA MENTERI MESIR.

Tuan puan jangan risau untuk bantuan ke GAZA melalui MESIR. Bantuan MESTI sampai. Jangan dengar “sok sek” lain-lain… 500 sukarelawan Bulan Sabit Merah juga masuk melalui mereka semalam dengan 160 tan bantuan kemanusiaan. Beri bantuan melalui Mesir dan beli dari Mesir. Better dan Selamat.

Bukti foto ini dimuatnaik oleh Kerajaan Mesir sendiri.

Sebelum ini Nadir mengeluarkan kenyataan bimbang bahawa bantuan Ebit Lew yang dibeli di luar Gaza tidak berjaya masuk dan akhirnya langsung tidak boleh diguna kerana terlalu lama.

Kenyataan dari Kerajaan Mesir ini telah membuktikan sebaliknya dimana semua bantuan telah masuk ke Gaza semalam lagi.

Dalam pada itu, Nadir tampil mengucapkan rasa syukur bila mana bantuan telah pun sampai, namun beliau masih menuggu jawapan atas perosoalan yang lain

“Wah, alhamdulillah!

“Ada kawan kongsikan post yang sumbangan EL yang dibeli di Cairo telah masuk pada hari raya pertama bersama 300 tan bantuan lain.

“Alhamdulillah dan tahniah. Ini yang kita mahukan, maklumat tentang bantuan yang disampaikan. Buat apa nak dengki dan iri hati sebab bantuan ini akan sampai kepada jiran saya, malah mungkin kaum kerabat saya sendiri di sini.

“Satu persoalan dah terjawab, lepas ni kita tunggu jawapan kepada persoalan lain juga. Tahniah sekali lagi!

EBIT LEW BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP YANG FITN4H DIA TENTANG GAZA

Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini bagi membersihkan namanya.

Akhir-akhir ini namanya telah tular berikutan kemasukannya ke Palestin bagi memberi bantuan kemanusiaan di sana.

Kata beliau, semua yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini adalah tidak benar sama sekali dan fitnah.

“Saya akan bagi tahu hal sebenar sikit masa lagi, semua saya akan bagi tahu, saya tidak takut pun, bukti-bukti semua saya ada,” ujarnya kepada pemberita sebentar tadi.

Kata beliau, dia sedih apabila melihat isteri dan anak-anak menangis apabila membaca pelbagai fitnah yang dilontarkan di media sosial mengenai dirinya dan misi ke Palestin.

Sumber : ASN, Nadir Al-Nuri, kosmo

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: