Tajuddin akhirnya dikmpaun RM1500, Tapi Keslahan Yg Dia Buat Ramai Dah Jangka

BEKAS Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun RM1, 500 kerana kesalahan tidak memakai pelitup muka.

“Kertas siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh beliau (Tajuddin) telah dikembalikan dari Pejabat Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada Selasa dengan keputusan kompaun sebanyak RM1, 500.

“Ini atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Zainal juga mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19.

Tajuddin ketika sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, pada 25 Mei lalu, dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Dilengkapi Teknologi Pembersih Udara, Ini Harga Pelitup Muka Dipakai Oleh YB Tajuddin

Terdahulu kecoh di media sosial mengenai kemalangan melibatkan dua tren LRT dimana ia merupakan kelangan buruk pertama selepas 23 tahun LRT beroperasi.

Difahamkan, insiden itu berlaku berikutan kecuaian pemandu yang membawa tren pada arah yang salah.

Susulan kejadian itu, Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tampil ke lokasi kejadian serta memberi kenyataan menerusi satu sidang media.

Namun, dalam sidang media tersebut apa yang lebih menjadi perhatian netizen adalah pelitup muka yang dipakai oleh YB Tajuddin.

Hasil carian netizen mendapati pelitup muka yang dipakai oleh YB Tajuddin itu dikatakan berharga RM1,699. Rata-rata netizen terkejut dengan harga pelitup muka berkenaan yang dikatakan sama seperti gaji bulanan mereka.

Bukan hanya pelitup muka biasa, ia turut hadir dengan teknologi pembersihan udara sekaligus memastikan pengguna menerima udara yang bersih.

Sumber sahkan Tajuddin ditahan SPRM, dijangka hadapi tud.uhan dalam masa terdekat

Terdahulu  Pemimpin Umno, Tajuddin Abdul Rahman, ditahan sementara oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes salah guna kuasa, dan dijangka menghadapi pertuduhan dalam masa terdekat.

Menurut sumber, Tajuddin dibebaskan selepas memberikan keterangan kepada penyiasat badan anti-rasuah itu di ibu pejabat SPRM Putrajaya semalam.

Katanya, siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM iaitu berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan. SPRM mahu menyiapkan kertas siasatan untuk pertuduhan tidak lama lagi, tambahnya.

Berita penahanan Ahli Parlimen Pasir Salak itu itu menyusul beberapa hari selepas beliau dipecat sebagai bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), berkuat kuasa serta-merta.

Dalam surat kepada Pengarah Pilihan Raya Umno itu bertarikh 26 Mei, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Tajuddin atas perkhidmatannya.

Tajuddin dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada 11 Mei tahun lalu.

Sementara itu, FMT difahamkan selepas dibebaskan SPRM, Tajuddin pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan melanggar SOP berkaitan pencegahan wabak Covid-19 pada satu sidang media.

Sebelum ini, polis memaklumkan siasatan berhubung SOP itu mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Ber4ngkit dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan J4ngkitan).

sumber: hmetro, sinar harian

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut: