Melaram Dalam Rumah, Badan Intan Najuwa Jadi Perhatian Sampai Janna Nick Masuk Komen

Meskipun perlu duduk di rumah berikutan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), situasi itu tidak menghalang pelakon Intan Najuwa untuk tampil cantik dan bergaya.

Menerusi laman Instagram, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid memuat naik reels memaparkan dirinya tetap berhias dengan mengenakan beberapa jenis ‘outfit’ pelbagai warna.

Menerusi kapsyen, pelakon berusia 24 tahun itu bertanya warna pakaian mana yang menjadi kegemaran peminat dan pengikutnya sehingga meraih lebih 2,200 komen orang ramai.

“Which one is your fav colour?,” soalnya ringkas.

Meskipun perlu duduk di rumah berikutan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), situasi itu tidak menghalang pelakon Intan Najuwa untuk tampil cantik dan bergaya.

Komen Janna Nick

“Pinggang PKP sis”

Bila la nak kurus macam ni

Semua warna cantik!

Bentuk badan idaman ni!

VIDEO:-

Bagaimanapun, tidak kurang ada juga individu ‘mengucap panjang’ apabila melihat fesyen berkenaan selain bertindak untuk menegur Intan yang kini dilihat imejnya semakin seksi berbanding sebelum ini.

Ketat betul…

Jangan hanyut dengan pujian dunia!

Dulu tak macam ni pun?

Akhir2 ni asyik tunjuk kaki keding je?

Terdahulu, Intan tidak mahu lagi dikaitkan dengan bekas tunangnya Razrul Anwar Rusli selepas mengesahkan mereka sudah membawa haluan hidup masing-masing.

Sedikit trivia Intan Najuwa

Intan Najuwa Abdul Wahid (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, dan beliau juga telah digandingkan bersama pelakon senior Remy Ishak di dalam Kekasih Paksa Rela sebagai Hanan Khaira.

Beliau juga dikenali menerusi drama Setelah Ku Dimiliki bersama pelakon terkenal Zul Ariffin. Selain itu, sebelum beliau bergelar artis, beliau juga merupakan seorang penulis blog yang kreatif dan menarik.

Kecoh foto mandi laut Intan Najuwa dan Zul Ariffin, gimik naikkan rating drama Setelah Ku Dimiliki? - Hiburan | mStar

Intan Najuwa memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures. Pada tahun 2016, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos, bergandingan dengan pelakon Shukri Yahaya.

Pada tahun 2017, beliau berlakon dengan pelakon senior Remy Ishak dalam drama Kekasih Paksa Rela, memegang watak sebagai Hanan Khaira. Pada tahun 2019, beliau digandingkan dengan Zul Ariffin dalam drama Setelah Ku Dimiliki. Drama tersebut menarik minat dan perhatian ramai kerana keserasian mereka dalam layar lakonan. Lantas, populariti Intan Najuwa semakin menaik.

Intan bertunang dengan seorang usahawan Razrul Anwar pada 18 Ogos 2019. Pertunangan mereka berakhir pada 26 Februari 2020 kerana tiada persefahaman selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

Intan Najuwa enggan dikaitkan lagi dengan bekas tunang - Kosmo Digital

Sumber: Instagram Intan Najuwa/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: