Azmin Nafi Kilang Punca Peningkatn Kes Cvid, Sekali Najib Sound Balik Memang Padu

SHAH ALAM: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sektor pembuatan dan perkilangan menyumbang kepada peningkatan kes p0sitif C0vid-19.

Beliau berkata, kes positif Covid-19 melibatkan sektor tersebut hanya melibatkan lima hingga 10 peratus.

“Ini berdasarkan data yang dibekalkan Kementerian Kesihatan terhadap kluster-kluster yang wujud setiap hari. Jadi, tidak benar untuk meletakkan kesalahan kepada sektor ekonomi khususnya pembuatan.

“Sudah tentu, apabila membenarkan sektor ekonomi beroperasi, kebarangkalian kes itu berlaku juga wujud. Ini tidak seperti sektor pendidikan dan sosial yang telah ditutup sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan ramai pihak supaya kilang ditutup kerana terus mencetuskan kluster yang menyumbang peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Mohamed Azmin berkata, kelonggaran atau kebenaran aktiviti sektor ekonomi bersifat perkhidmatan perlu, adalah untuk melindungi dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat khususnya Malaysia sebagai sebuah negara yang terlibat dalam rantaian bekalan global.

Katanya, data Kementerian Kesihatan menunjukkan 75 peratus kes positif ketika ini adalah bersifat sporadik yang bermakna virus Covid-19 telah berada dalam komuniti.

“Justeru, kita meminta pihak majikan terus memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain meningkatkan ujian saringan secara berkala susulan kes positif tidak menunjukkan gejala,” jelasnya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memberitahu, berdasarkan Jabatan Statistik Negara pada suku pertama tahun ini, terdapat 2.4 juta tenaga kerja sektor pembuatan dan perkilangan.

Difahamkan seramai 16,564 pekerja telah menerima suntikan di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor dan Selangor yang melaksanakan Pikas dalam tempoh 16 Jun hingga semalam.

“Memang ada sedikit cabaran pada Jun ini namun mengikut perancangan dan dibentangkan akan stabil pada Julai dan seterusnya.

“Kita telah mendapat jaminan bekalan vaksin sebanyak 150,000 dos akan disempurnakan pada pertengahan Julai. Kita minta kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapatkan bekalan tambahan pada bulan depan dan Ogos masing-masing 600,000 dan September 795,000 dos,” katanya.

Dalam pada itu  bekas Perdana Menteri Najib Razak tampil menemplek kenyatana Azmin kerana menurut beliau, selagi ada pergerakan besar-besaran setiap hari, selagi itu rantain c0vid ini susah untuk di putuskan

“Wakil kilang sudah bersuara.

“Dia ni macam tak faham bahawa virus tak bergerak tapi manusia yang bergerak.

“Selagi ada lebih 120,000 tempat kerja beroperasi, berjuta orang akan terpaksa keluar bekerja tiap-tiap hari.

“Dan selagi ada pergerakan berjuta manusia setiap hari, rantaian Covid tidak akan putus dan PKP akan lanjut dan lanjut.

“Selepas PKP 2.0 52 hari separuh masak yang gagal, PKP 3.0/3.1 48 hari yang gagal dan 28 hari total lockdown fasa 1 tak total yang gagal, dia masih tak faham prinsip asas ini.

Menurut Najib lagi, dengan Ro/Rt kembali ke paras neuteral menandakan yang negara negara memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih

“Pagi ini, KKM umum kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt naik kembali ke paras neutral 1.00 setelah mengalami trend menaik sejak dua minggu lalu. Kadar 1.00 ini adalah paras neutral.

“Kadar kebolehjangkitan lebih 1.00 yang berlanjutan bermakna kes baru akan meningkat dengan pesat, sementara kadar di bawah 1.00 bermakna kes baru mula berkurang.

“Kadar pada 1.00 ini bermakna kes baharu Covid akan kekal pada paras pada ketika ini – iaitu lebih 5k kes baharu bagi tempoh akan datang.

“Jadi, peluang bagi kes jatuh ke bawah 4k supaya negara beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan dalam masa terdekat menjadi lebih tipis.

“Lebih lambat lagi kita nak bebas lockdown sekiranya pendekatan melawan Covid tidak berubah dan kerajaan hanya pandang dan biarkan sahaja kadar kebolehjangkitan yang semakin menaik semula sejak 2 minggu lalu walaupun negara kononnya sudah sebulan berada dalam “Total” lockdown dan telah dikenakan PKP 3.0 selama 1 bulan 18 sejak sebelum Hari Raya.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut: