Netizen Terkejut Dapat Tahu Umur Sebenar Nora Danish, Biar Betul? Ingatkan Baru 18 Tahun

Pelakon jelita Nora Danish mencvri tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa keping gambarnya sedang berswafoto.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Nora secara bersahaja mengambil swafoto tanpa solekan yang tebal.

“Bersyukur, selfie terakhir menjadi 39 tahun,” tulisnya ringkas.

Menariknya, ramai diantara netizen seakan tidak percaya umur pelakon itu sudah memasuki fasa umur 40-an.

Sebaliknya, kebanyakan mereka masih menganggap pelakon yang terkenal dengan watak Puteri itu masih kekal muda.

Selain netizen, kelihatan juga suami Nora, Mohamed Nedim Mohamed Nazri atau Boss Ned meninggalkan komen ‘sweet’ buat isteri tercintanya.

“Tiada apa yang berubah, masih paling cantik di mata saya,” tulisnya.

Sekadar info, Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu.

Nora sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Namun, perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama 2 tahun selepas mereka disahkan berc3rai pada bulan Julai 2008.

Nora kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Boss Ned pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak via Sinar