‘Pintu belakang’ Ini yg Azmin cakap sampai bertikam ldah dgn Anwar di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Sidang Mesyuarat Khas Parlimen bertukar ‘panas’ selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggunakan kaedah ‘pintu belakang’ untuk membenarkan sektor industri beroperasi ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dakwaan itu mencetuskan bantahan daripada menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang cuba mencelah dan mematahkan dakwaan Anwar.

“Kita ada pertimbangan keperluan menjaga kesihatan dan pemulihan ekonomi … oleh demikian ada usul daripada SME.

“Kita harus jaga patuhi SOP (prosedur operasi standard), di antara malapetaka kita hadapi baru-baru ini. MITI bagi urusan ‘pintu belakang’ kepada siapa sahaja, akhirnya kluster yang besar termasuk kluster kilang. TPM (Timbalan Perdana Menteri) boleh sahkan,” dakwa Anwar dalam sesi petang Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula di sini, pada Isnin.

Mohamed Azmin bangun dan menjelaskan jawapan kepada dakwaan itu.

“Fakta tidak betul. Saya nak minta penjelasan daripada Port Dickson. Saya minta Ketua Pembangkang masa bercakap biar guna fakta, guna data yang betul.

“Saya ada data, bahawa sektor pembuatan bukan penyumbang utama. Daripada 1 Jun sehingga 23 Julai, kluster pembuatan hanya (merekodkan) 35,000 iaitu hanya 8.4 peratus,” tegas Azmin.

Kedua pemimpin itu berterusan bertikam lidah sebelum ditenangkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Terdahulu Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa hantaran di media sosialnya berkaitan menutup pintu depan adalah kerana beliau mahu pulang ke rumah pada hari tersebut.

“Saya menutup pintu kerana hendak pulang,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar maya pelancaran hospital modular Angkatan Tentera Malaysia pada Khamis.

Pada 2 Jun, satu hantaran gambar di akaun Instagram rasminya menunjukkan beliau menutup pintu pejabatnya dengan kapsyen “Saya dah tutup pintu depan tapi…” yang turut disertakan dengan emoji sedih.

Gambar tersebut telah mengumpulkan hampir 29,000 tanda suka dan juga pelbagai spekulasi tentang kemungkinan konflik di kabinet.

Ketika ditanya hal demikian kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, beliau berkata, tidak seharusnya wujud spekulasi mengenai hal itu.

Menurut Mohamed Azmin, Ismail Sabri adalah salah seorang menteri yang diberi peranan penting dalam menangani w4bak Covid-19.

Tambahnya, Ismail Sabri juga adalah salah seorang jurucakap bagi masalah bukan kesihatan ketika menghadapi wabak tersebut.

Mohamed Azmin berkata, beliau dan anggota kabinet lain memberi sokongan kuat kepada Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mempunyai tanggungjawab besar dalam menangani krisis kesihatan semasa.

“Kami adalah satu pasukan dan mengambil keputusan bersama.

“Ini adalah prinsip yang kami pegang, saya dan rakan-rakan yang lain akan terus memberikan sokongan kami di kabinet untuk memastikan semua orang dapat memainkan peranan mereka dengan berkesan,” katanya pada sidang akhbar berlainan pada Khamis.

Kredit Artikel: Kecoh Ape Sam Sohor

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut: