Reaksi Caprice Lepas Dapat Tahu EbitLew Sudah Tmpil Buat Lap0ran P0lis

PETALING JAYA : Pendakwah terkenal Ebit Lew tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 6.15 petang tadi untuk membuat laporan polis dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Ebit menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya dan membuat laporan polis berhubung isu berkenaan. Tambahnya, dia turut menyebutkan beberapa nama yang termasuk penyanyi, Caprice di dalam laporan itu.

Saya memang berniat untuk membantu orang dan tidak timbul istilah ingin membuka tabung untuk kepentingan sendiri. Malah, duit yang disebut itu juga dikeluarkan oleh saya sendiri.

“Saya anggap ini adalah ujian Allah dan kasih sayang daripadaNya. Namun, saya membuat laporan polis kerana pihak sana tidak berhenti mengeluarkan kenyataan.

Masih lagi berduka dengan kehilangan bapa saya, ramai ketika ini sedang berbincang mengenai saya. InsyaAllah…saya akan mengeluarkan kenyataan lebih lanjut dan menjawab segala persoalan esok,” kata Ebit.

Ebit yang tiba jam 6.16 petang menaiki Toyota Vellfire dengan diiringi tiga pikap dijangka mengadakan sidang media selepas itu.

Hari ini, rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan berhubung isu misi kemanusiaan oleh Ebit.

Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, mendakwa pasukan misi Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.

LIVE Bersama Caprice Malam Ni B4tal

Susulan laporna p0lis tersebut, Caprice membatalkan sesi live yang di rancang pada malam ini

Menurut Caprice, ini kali kedua perkara ini berlaku pada tahun ini dan beliau sangat kecewa dengan pihakk-pihak yang menyalahguna kuasa

Akhir sekali, Caprice bagitahu dia sudah penat dan menyerahkan semuanya kepada Allah

Terdahulu Penyanyi, Caprice, 32, yang mencetuskan kontroversi membabitkan misi kemanusiaan membantu rakyat Gaza di Palestin, hari ini memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia.

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli memohon maaf atas kesilapan dan mengaku segala-gala yang berlaku adalah kekhilafan diri.

“Saya mohon minta maaf atas kesilapan saya.

“Saya terlalu emosi mengenai pejuang kita demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice dan tidak terbabit pihak lain.

“Caprice juga minta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuatkan mereka risau mengenai keselamatan diri.

“Caprice sayang kamu dan niat Caprice memilih haluan sendiri sejak usia 16 tahun adalah tidak lain, hanya mahu membuat kamu bangga.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat negara ini,” katanya dalam entri dimuat naik di Instagram (IG), pagi tadi.

Melalui hantaran itu, Caprice juga merakamkan penghargaan kepada individu yang banyak membantunya menjayakan misi berkenaan.

“Terima kasih kepada Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Kedutaan Malaysia di Mesir dan kerajaan Mesir atas layanan, sokongan dan perlindungan keselamatan 24 jam selama saya di Mesir,” katanya.

Caprice juga berterima kasih kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang membawanya menyertai misi kemanusiaan di Palestin melalui Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P).

“Kepada semua ahli HM4P, pasukan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan media di Mesir, terima kasih kerana menjadi abang saya dan membantu selama 30 hari ini,” katanya.

Caprice memberitahu, dia akan akan pulang ke tanah air selepas menyelesaikan semua urusan serta melunaskan janjinya kepada rakyat Palestin.

Sebelum ini, Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ustaz Ebit Lew susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.

Caprice sebelum ini mengumumkan akan membuat pendedahan mengenai kisah di sebalik kontroversi tercetus, lusa.

Bulan lalu, Caprice berangkat ke Mesir untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: