Ebit Lew Tanya Nama Kanak Kanak Ini Tapi Seorg Ni Senyap Sahaja, Rupanya Ini Sebabnya

Pendakwah terkenal, Ebit Lew berjaya memasuki G4za, Palestiiin untuk meneruskan misi kemanusian dan mengagihkan bantuan kepada rakyat negara itu pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam Facebook beliau sebentar tadi.

Menurut Ebit, Kedutaan Malaysia dan Unit peris1kan Ten.tera Mesir memaklumkan mereka adalah pasukan pertama dunia dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang baru-baru ini.

Terdapat lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia dengan sebahagian mereka berada di Mesir untuk menunggu masa dibenarkan memasuki Gaz4.

Dalam pada itu, Ebit meluahkan sebak sebaik melangkah kaki ke Gaza dan memberitahu seolah-olah berjaya balik ke kampung sendiri.

“Mungkin daripada doa untuk rakyat Palestin, kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.

“Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent, ramai berebut untuk menyambut iaitu Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk sempadan Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” katanya beliau.

Ebit Lew Pelik Kenapa Kanak Kanak Ini Tak Jawab-Jawab

Tadi ziarah beberapa keluarga yang susah dan memerlukan di G4za. Saya shoping barang keperluan, makanan, dan mainan anak-anak. Bila berbual saya tanya nama.

Semua bagitahu nama masing-masing. Seorang ni tak jawab-jawab. Rupanya tak dengar dah lama. Sakit. Saya tanya ada bawa jumpa doktor. Ubat hanya ada di Mesir. Dan selepas itu perlu pembedahan di west bank.

Saya terus ambil nama jenis ubat tu. Nanti akan minta team Malaysia yang akan masuk dalam masa terdekat bawa ubat tu. Comel sangat adik tu. Maknya sebak menangis bila dengar ubat tu akan dapat dalam masa terdekat.

Team Malaysia yang akan masuk lagi akan dibawa @palestineredcrescent . Sebak bila anak kecil berlari-lari dan hanya ingin hidup yang tenang dan boleh majukan diri. Sukar peluang pekerjaan. Di bom sampai 3 kali.

Hilang seorang demi seorang dalam hidup. Saya beri duit belanja dan hadiah buat keluarga yang diziarahi. Tak berhenti mereka doakan untuk kami.

Penduduk Ga.za lembut dan baik sangat. Sifat dan akhlak mereka benar-benar terpuji Terima kasih DS @hishammuddinhussein atas segala bantuan. ALLAH sahaja yang membalas jasa dan bantuan Dato Seri” – Ebit Lew

Sebelum ini, Ebit dan rombongan bantuan kemanusiannya `terkandas’ di Kaherah, Mesir lebih sebulan sebelum berjaya memasuki G4.za.

Dalam pada itu, Ebit mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang banyak membantu beliau dan pasukan terhadap misi kemanusian tersebut serta sering bertanyakan terhadap perkembangan misi bantuan itu.

Beliau juga menzahirkan junjungan kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama serta selalu bertanya khabar.

“Terima kasih juga kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.

“Terima kasih juga Palestin Palestine Red Crescent Society dan Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan,” katanya.

Sumber : Utusan Online / Ebit Lew FB

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut: